Tag Archives: info palestin

Wanita hamil, anak kecil, remaja Palestin maut dibedil Israel

epa04973629 Palestinian father Yehiya Hassan (R) cries near the bodies his two years old daughter Rahaf Hassan (C) and his five-months pregnant wife Noor Hassan (L) during their funeral in the central Gaza Strip, 11 October 2015. An Israeli airstrike in the northern Gaza Strip killed a Palestinian woman who was five-months pregnant and her 2-year-old daughter. Four other members of the woman's family were injured when their home collapsed in Gaza City's Zaytoon neighbourhood, Gaza Health Ministry spokesman Ashraf al-Qedra said. The Israeli military said it targeted two weapons workshops after Palestinian militants launched a missile at the southern Israeli coastal city of Ashkelon, which was intercepted by the Iron Dome defence system.  EPA/MOHAMMED SABER
Palestinian father Yehiya Hassan (R) cries near the bodies his two years old daughter Rahaf Hassan (C) and his five-months pregnant wife Noor Hassan (L) during their funeral in the central Gaza Strip, 11 October 2015. An Israeli airstrike in the northern Gaza Strip killed a Palestinian woman who was five-months pregnant and her 2-year-old daughter. Four other members of the woman’s family were injured when their home collapsed in Gaza City’s Zaytoon neighbourhood, Gaza Health Ministry spokesman Ashraf al-Qedra said. The Israeli military said it targeted two weapons workshops after Palestinian militants launched a missile at the southern Israeli coastal city of Ashkelon, which was intercepted by the Iron Dome defence system. EPA/MOHAMMED SABER

BAITULMAQDIS: Seorang remaja Palestin ditembak mati di Tebing Barat manakala serangan udara Israel membunuh seorang wanita hamil dan anak kecilnya di Gaza semalam, ketika kekacauan berkemungkinan bertukar menjadi intifada.

Empat warga Israel juga cedera berhampiran satu keramaian ‘kibbutz’, selepas 10 hari pertempuran antara pasukan keselamatan Israel dan rakyat Palestin di Tebing Barat yang diduduki serta Baitulmaqdis Timur yang dirampas selain siri serangan tikaman terhadap warga Yahudi.

Hamas sudah menyifatkan peningkatan keganasan antara tentera Israel dan rakyat Palestin sebagai intifada dan menggesa ditingkatkan lagi penentangan.

Serangan udara yang dilancarkan selepas dua roket ditembak ke Israel pula memusnahkan sebuah rumah di utara Gaza, menyebabkan Nur Hassan, 30, dan anak kecilnya, Rahaf, 2, terbunuh.

Seorang jurucakap Hamas, Sami Abu Zuhri, berkata tindakan itu “menunjukkan keinginan pihak yang menduduki untuk meningkatkan pertempuran.”

“Kami memberi amaran kepada pihak yang menduduki wilayah kami supaya tidak bertindak bodoh,” katanya.

Israel menyatakan ia menyasarkan kemudahan membuat senjata pihak Hamas.

Tentera Israel juga menembak mati seorang remaja Palestin yang dikenali sebagai Ahmad Sharake, 13, semasa pertempuran di bandar Ramallah di Tebing Barat. – AFP
Sumber: Berita Harian

Keganasan merebak di Gaza

Keganasan merebak di Gaza

GENTING GAZA – PALESTIN.Keganasan didakwa merebak ke wilayah Gaza selepas tentera Israel menembak mati enam penduduk Palestin yang menyertai protes sebagai membantah tindakan pelampau Yahudi menikam empat lelaki Arab hingga mati di bandar Dimona.

Saksi memberitahu rejim Zionis bertindak melepaskan tembakan rambang sejurus kumpulan penunjuk perasaan tersebut menghampiri sempadan Israel dan turut mencederakan 50 mangsa.

Susulan daripada itu, pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh memberi amaran keganasan di utara dijangka mencetuskan gelombang Intifada baharu di Palestin.

Dalam kejadian berasingan di Ramallah, seorang pembaling batu cedera selepas dirempuh jip tentera Israel.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan melaporkan kira-kira 14 penduduk Palestin terbunuh manakala 1,000 lagi cedera dalam beberapa siri pertempuran di Genting Gaza dan Tebing Barat sejak awal bulan lalu. – Sinarharian

Doakan Keselamatan dan Kemenangan Saudara kita

Lima tokoh Yahudi tinggal agama demi Islam

Lima tokoh Yahudi tinggal agama demi Islam

RAMAI yang tidak tahu bahawa terdapat tokoh Yahudi yang keluar daripada ajaran Yahudi untuk menganuti kepercayaan lain.

Memetik hasil penulisan Doktor Thariq as-Suwaidan dalam bukunya Ensiklopedia Yahudi mencatatkan bahawa dalam sejarah terdapat sebanyak lima tokoh Yahudi yang murtad antaranya Samuel al-Maghribi, Pablo Christiani, Said al-Hasan, Ibnu Malika dan Musa Abul Afiah.

Tokoh pertama ialah Samuel al-Maghribi, nama penuhnya ialah Samuel bin Yahya bin Abbas yang dikenali dengan jolokan al-Maghribi. Beliau hidup di abad 6 Hijrah, dan termasuk salah seorang pembesar Yahudi yang masyhur, namun setelah menyedari kesesatan dan kerosakan ajaran Yahudi , beliau memeluk agama Islam.

Setelah keislamannya, Samuel memberitahu bahawa dirinya pernah bertemu Nabi Muhammad SAW dalam mimpinya. Ia memilih untuk mengumumkan kisah mimpinya itu empat tahun setelah beliau memeluk agama Islam.

Samuel telah menulis sebuah buku tentang sejarah hidupnya dan kisah keislamannya yang berjudul (Keislaman Samuel dan Kisah tentang mimpinya bertemu Rasulullah). Para ahli sejarah tidak pernah mengetahui tentang tanggal kelahirannya, bahkan tarikh kematiannya.

Sementara tokoh yang kedua ialah Pablo Christiani, beliau adalah seorang penganut Yahudi yang berasa ngeri dan takut dengan kesesatan yang dibawa oleh ajaran tersebut.

Maka beliau pun memeluk agama Nasrani (Kristian)  dan berperanan sebagai pembongkar kepada hakikat Yahudi yang sebenar serta permusuhan ajaran itu terhadap agama Nasrani dan agama lain.

Pablo terkenal dek kerana beliau pernah berdebat dengan seorang Rabi Yahudi, iaitu Musa Najman di Barcelona pada tahun 661 Hijrah (1263 Masihi).

Dalam pendapatan itu penganut Yahudi terpaksa akur dan mengakui beberapa akidah agama mereka yang dirahsiakan antaranya, keyakinan mereka bahawa Jesus berada di dalam neraka, ibu Nabi Isa, Maryam melahirkan Isa hasil penzinaan dengan seorang Romawi, gereja-gereja Nasrani dianggap Yahudi sebagai kotor dan jijik dan setiap Yahudi wajib melaknat pemimpin Nasrani dan setiap orang yang membenci Yahudi sebanyak tiga kali.

Manakala Said al-Hasan adalah seorang penganut Yahudi yang memeluk agama Islam pada tahun 696 Hijrah, selepas mendapat hidayah daripada ALLAH, Said mengarang sebuah buku berjudul Masalikun Nazhar Fi Nubuwwat Sayydil Basyar, beliau wafat pada tahun 720 Hijrah.

Tokoh keempat ialah Ibnu Malika, di mana nama lengkapnya adalah Hibatullah Ali bin al- Husain bin Malika seorang penganut Yahudi yang beralih kepada ajaran Islam setelah pemikirannya yang mendalam dan pengamatannya yang cukup panjang.

Beliau menulis sebuah buku berjudul Al-Mu’tabar Fil Hikmah (Hikmah-hikmah pilihan). Imam Ibnul Qayyim mengelarnya dengan Filsuf Islam ketika masanya. Ibnu Malika adalah guru kepada Samuel al-Maghribi yang telah memeluk Islam sebelumnya.

Sementara tokoh kelima ialah seorang Rabi Yahudi,  Musa Abul Afiah yang tinggal di Damsyik (Syiria ) dan menyatakan keislamannya pada tahun 1256 Hijrah. Di hadapan sebuah mahkamah beliau lantas membongkar kesesatan Talmud.

Petikan-petikan panjang tentang kesesatan Yahudi telah diterjemahkan dalam bahasa Arab, agar orang Arab mengetahui betapa besarnya kebencian dan kedengkian orang-orang Yahudi terhadap bangsa Arab serta menyedari sejauh mana kesesatan mereka.

Dek kerana terpaksa seorang Rabi agung Yahudi ketika zaman itu Ya’qub al-Antali terpaksa mengakui kesesatan Yahudi yang dipaparkan oleh Musa Abul Afiah itu.

sumber:sinarharian