Kanak-Kanak Palestin Di Gari Oleh Polis Israel

 

Kanak-Kanak Palestin Di Gari Oleh Polis Israel

22 September 2015 – Anggota polis Israel pada petang Isnin telah menculik empat orang kanak-kanak Palestin di jalan Bab al-Amoud di Baitulmuqaddis semasa mereka dalam perjalanan dari sekolah ke rumah mereka.

Saksi mengatakan bahawa beberapa penduduk Palestin cuba untuk menghalang penahanan kanak-kanak itu tetapi polis itu terus membawa 4 orang kanak-kanak tersebut ke balai polis.

Video ini membuktikan bahawa empat orang kanak-kanak tersebut telah ditahan oleh polis Israel sebelum k mereka ditahan dan digari untuk dibawah ke balai polis Israel.

Belum ada maklumat yang menyatakan sebab penahanan kank-kanak tersebut. Dalam kejadian yang berasingan penduduk Israel telah membuat satu provokasi yang bersifat penghinaan terhadap orang Arab di salah satu kawasan terowong di Barat Baitulmaqqdis.

Sumber: Aman Palestin   |   Terjemahan: Abumohd (Admin)

SALMAN AL-FARISY PENCARI KEBENARAN

Sesungguhnya sesiapa yang mencari kebenaran, pasti akan menemuinya. Kisah ini adalah kisah benar pengalaman seorang manusia mencari agama yang benar (hak), iaitu pengalaman Salman Al Farisy

Marilah kita semak Salman menceritakan pengalamannya selama mengembara mencari agama yang hak itu. Dengan ingatannya yang kuat, ceritanya lebih lengkap, terperinci dan lebih terpercaya. seorang sahabat Rasulullah saw.

Dari Abdullah bin Abbas Radhiyallahu ‘Anhuma berkata, “Salman al-Farisi Radhiyallahu ‘Anhu menceritakan biografinya kepadaku dari mulutnya sendiri. Kata Salman, “Saya pemuda Parsi, penduduk kota Isfahan, berasal dari desa Jayyan. Bapaku pemimpin Desa. Orang terkaya dan berkedudukan tinggi di situ. Aku adalah insan yang paling disayangi ayah sejak dilahirkan. Kasih sayang beliau semakin bertambah seiring dengan peningkatan usiaku, sehingga kerana teramat sayang, aku dijaga di rumah seperti anak gadis.

Aku mengabdikan diri dalam Agama Majusi (yang dianut ayah dan bangsaku).  Aku ditugaskan untuk menjaga api penyembahan kami supaya api tersebut sentiasa menyala.

Ayahku memiliki kebun yang luas, dengan hasil yang banyak Kerana itu beliau menetap di sana untuk mengawasi dan memungut hasilnya. Pada suatu hari bapa pulang ke desa untuk menyelesaikan suatu urusan penting. Beliau berkata kepadaku, “Hai anakku! Bapa sekarang sangat sibuk. Kerana itu pergilah engkau mengurus kebun kita hari ini menggantikan Bapa.”

Aku pergi ke kebun kami. Dalam perjalanan ke sana aku melalui sebuah gereja Nasrani. Aku mendengar suara mereka sedang sembahyang. Suara itu sangat menarik perhatianku.

Sebenarnya aku belum mengerti apa-apa tentang agama Nasrani dan agama-agama lain. Kerana selama ini aku dikurung bapa di rumah, tidak boleh bergaul dengan siapapun. Maka ketika aku mendengar suara mereka, aku tertarik untuk masuk ke gereja itu  dan mengetahui apa yang sedang mereka lakukan. Aku kagum dengan cara mereka bersembahyang dan ingin menyertainya.

Kataku, “Demi Allah! ini lebih bagus daripada agama kami.”Aku tidak berganjak dari gereja itu sehinggalah petang. Sehingga aku terlupa untuk ke kebun.

Aku bertanya kepada mereka, “Dari mana asal agama ini?”

“Dari Syam (Syria),” jawab mereka.

Setelah hari senja, barulah aku pulang. Bapa bertanyakan urusan kebun yang ditugaskan beliau kepadaku.

Jawabku, “Wahai, Bapa! Aku bertemu dengan orang sedang sembahyang di gereja. Aku kagum melihat mereka sembahyang. Belum pernah aku melihat cara orang sembahyang seperti itu. Kerana itu aku berada di gereja mereka sampai petang.”

Bapa menasihati akan perbuatanku itu. Katanya, “Hai, anakku! Agama Nasrani itu bukan agama yang baik. Agamamu dan agama nenek moyangmu (Majusi) lebih baik dari agama Nasrani itu!”

Jawabku, “Tidak! Demi Allah! Sesungguhnya agama merekalah yang lebih baik dari agama kita.”

Bapa khuatir dengan ucapanku itu. Dia takut kalau aku murtad dari agama Majusi yang kami anuti. Kerana itu dia mengurungku dan membelenggu kakiku dengan rantai.

Ketika aku beroleh kesempatan, kukirim surat kepada orang-orang Nasrani minta tolong kepada mereka untuk memaklumkan kepadaku andai ada kafilah yang  akan ke Syam supaya memberitahu kepadaku. Tidak berapa lama kemudian, datang kepada mereka satu kafilah yang hendak pergi ke Syam. Mereka memberitahu kepadaku.

Maka aku berusaha untuk membebaskan diri daripada rantai yang membelengu diriku dan melarikan diri bersama kafilah tersebut ke Syam.

Sampai di sana aku bertanya kepada mereka, “Siapa kepala agama Nasrani di sini?”

“Uskup yang menjaga “jawab mereka.

Aku pergi menemui Uskup seraya berkata kepadanya, “Aku tertarik masuk agama Nasrani. Aku bersedia menadi pelayan anda sambil belajar agama dan sembahyang bersama-sama anda.”

‘Masuklah!” kata Uskup.

Aku masuk, dan membaktikan diri kepadanya sebagai pelayan.

Setelah beberapa lama aku berbakti kepadanya, tahulah aku Uskup itu orang jahat. Dia menganjurkan jama’ahnya bersedekah dan mendorong umatnya beramal pahala. Bila sedekah mereka telah terkumpul, disimpannya saja dalam perbendaharaannya dan tidak dibahagi-bahagikannya kepada fakir miskin sehingga kekayaannya telah berkumpul sebanyak tujuh peti emas.

Aku sangat membencinya kerana perbuatannya yang mengambil kesempatan untuk mengumpul harta dengan duit sedekah kaumnya. tidak lama kemudian dia meninggal. Orang-orang Nasrani berkumpul hendak menguburkannya.

Aku berkata kepada mereka, ‘Pendeta kalian ini orang jahat. Dianjurkannya kalian bersedekah dan digembirakannya kalian dengan pahala yang akan kalian peroleh. Tapi bila kalian berikan sedekah kepadanya disimpannya saja untuk dirinya, tidak satupun yang diberikannya kepada fakir miskin.”

Tanya mereka, “Bagaimana kamu tahu demikian?”

Jawabku, “Akan kutunjukkan kepada kalian simpanannya.”

Kata mereka, “Ya, tunjukkanlah kepada kami!”

Maka kuperlihatkan kepada mereka simpanannya yang terdiri dan tujuh peti, penuh berisi emas dan perak. Setelah mereka saksikan semuanya, mereka berkata, “Demi Allah! Jangan dikuburkan dia!”

Lalu mereka salib jenazah uskup itu, kemudian mereka lempari dengan batu. Sesudah itu mereka angkat pendeta lain sebagai penggantinya. Akupun mengabdikan diri kepadanya. Belum pernah kulihat orang yang lebih zuhud daripadanya. Dia sangat membenci dunia tetapi sangat cinta kepada akhirat. Dia rajin beribadat siang malam. Kerana itu aku sangat menyukainya, dan lama tinggal bersamanya.

Ketika ajalnya sudah dekat, aku bertanya kepadanya, “Wahai guru! Kepada siapa guru mempercayakanku seandainya guru meninggal. Dan dengan siapa aku harus berguru sepeninggalan guru?”

Jawabnya, “Hai, anakku! Tidak seorang pun yang aku tahu, melainkan seorang pendeta di Mosul, yang belum merubah dan menukar-nukar ajaran-ajaran agama yang murni. Hubungi dia di sana!”

Maka tatkala guruku itu sudah meninggal, aku pergi mencari pendeta yang tinggal di Mosul. Kepadanya kuceritakan pengalamanku dan pesan guruku yang sudah meninggal itu.

Kata pendeta Mosul, “Tinggallah bersama saya.”

Aku tinggal bersamanya. Ternyata dia pendeta yang baik. Ketika dia hampir meninggal, aku berkata kepada nya, “Sebagaimana guru ketahui, mungkin ajal guru sudah dekat. Kepada siapa guru mempercayai seandainya  guru sudah tiada?”

Jawabnya, “Hai, anakku! Demi Allah! Aku tak tahu orang yang seperti kami, kecuali seorang pendeta di Nasibin. Hubungilah dia!”

Ketika pendeta Mosul itu sudah meninggal, aku pergi menemui pendeta di Nasibin. Kepadanya kuceritakan pengalamanku serta pesan pendeta Mosul.

Kata pendeta Nasibin, “Tinggallah bersama kami!”

Setelah aku tinggal di sana, ternyata pendeta Nasibin itu memang baik. Aku mengabdi dan belajar dengannya sehinggalah beliau wafat. Setelah ajalnya sudah dekat, aku berkata kepadanya, “Guru sudah tahu perihalku maka kepada siapa harusku berguru seandainya guru meninggal?”

Jawabnya, “Hai, anakku! Aku tidak tahu lagi pendeta yang masih memegang teguh agamanya, kecuali seorang pendeta yang tinggal di Amuria. Hubungilah dia!”

Aku pergi menghubungi pendeta di Amuria itu. Maka kuceritakan kepadanya pengalamanku.

Katanya, “Tinggallah bersama kami!

Dengan petunjuknya, aku tinggal di sana sambil mengembala kambing dan sapi. Setelah guruku sudah dekat pula ajalnya, aku berkata kepadanya, “Guru sudah tahu urusanku. Maka kepada siapakah lagi aku akan anda percayai seandainya  guru meninggal dan apakah yang harus kuperbuat?”

Katanya, “Hai, anakku! Setahuku tidak ada lagi di muka bumi ini orang yang berpegang teguh dengan agama yang murni seperti kami. Tetapi sudah hampir tiba masanya, di tanah Arab akan muncul seorang Nabi yang diutus Allah membawa agama Nabi Ibrahim.

Kemudian dia akan berpindah ke negeri yang banyak pohon kurma di sana, terletak antara dua bukit berbatu hitam. Nabi itu mempunyai ciri-ciri yang jelas. Dia mahu menerima dan memakan hadiah, tetapi tidak mahu menerima dan memakan sedekah. Di antara kedua bahunya terdapat tanda kenabian. Jika engkau sanggup pergilah ke negeri itu dan temuilah dia!”

Setelah pendeta Amuria itu wafat, aku masih tinggal di Amuria, sehingga pada suatu waktu segerombolan saudagar Arab dan kabilah “Kalb” lewat di sana. Aku berkata kepada mereka, “Jika kalian mahu membawaku ke negeri Arab, aku berikan kepada kalian semua sapi dan kambing-kambingku.”

Jawab mereka, “Baiklah! Kami bawa engkau ke sana.”

Maka kuberikan kepada mereka sapi dan kambing peliharaanku semuanya. Aku dibawanya bersama-sama mereka. Sesampainya kami di Wadil Qura aku ditipu oleh mereka. Aku dijual kepada seorang Yahudi. Maka dengan terpaksa aku pergi dengan Yahudi itu dan berkhidmat kepadanya sebagai hamba. Pada suatu hari anak saudara majikanku datang mengunjunginya, iaitu Yahudi Bani Quraizhah, lalu aku dibelinya daripada majikanku.

Aku berpindah  ke Yastrib dengan majikanku yang baru ini. Di sana aku melihat banyak pohon kurma seperti yang diceritakan guruku, Pendeta Amuria. Aku yakin itulah kota yang dimaksud guruku itu. Aku tinggal di kota itu bersama majikanku yang baru.

Ketika itu Nabi yang baru diutus sudah muncul. Tetapi baginda masih berada di Makkah menyeru kaumnya. Namun begitu aku belum mendengar apa-apa tentang kehadiran serta da’wah yang baginda sebarkan kerana aku terlalu sibuk dengan tugasku sebagai hamba.

Tidak berapa lama kemudian, Rasulullah saw. berpindah ke Yastrib. Demi Allah! Ketika itu aku sedang berada di puncak pohon kurma melaksanakan tugas yang diperintahkan majikanku. Dan majikanku itu duduk di bawah pohon. Tiba-tiba datang anak saudaranya mengatakan, “Biar mampus Bani Qaiah!( kabilah Aus dan Khazraj) Demi Allah! Sekarang mereka berkumpul di Quba’ menyambut kedatangan lelaki dari Makkah yang mendakwa dirinya Nabi.”

Mendengar ucapannya itu badanku terasa panas dingin seperti demam, sehingga aku menggigil kerananya. Aku kuatir akan jatuh dan tubuhku akan menimpa majikanku. Aku segera turun dari puncak ponon, lalu bertanya kepada tamu itu, “Apa kabar anda? Cubalah khabarkan kembali kepadaku!”

Majikanku marah dan memukulku seraya berkata, “Ini bukan urusanmu! Kerjakan tugasmu kembali!”

Keesokannya aku mengambil buah kurma seberapa banyak yang mampu kukumpulkan. Lalu kubawa ke hadapan Rasulullah saw..

Kataku “Aku tahu tuan orang soleh. Tuan datang bersama-sama sahabat  tuan sebagai perantau. Inilah sedikit kurma dariku untuk sedekahkan kepada tuan. Aku lihat tuanlah yang lebih berhak menerimanya daripada yang lain-lain.” Lalu aku hulurkan kurma itu ke hadapannya.

Baginda berkata kepada para sahabatnya, “silakan kalian makan,…!” Tetapi baginda tidak menyentuh sedikit pun makanan itu apalagi untuk memakannya.

Aku berkata dalam hati, “Inilah satu di antara ciri cirinya!”

Kemudian aku pergi meninggalkannya dan kukumpulkan pula sedikit demi sedikit kurma yang terdaya kukumpulkan. Ketika Rasulullah saw. pindah dari Quba’ ke Madinah, kubawa kurma itu kepada baginda.

Kataku, “Aku lihat tuan tidak mahu memakan sedekah. Sekarang kubawakan sedikit kurma, sebagai hadiah untuk tuan.”

Rasulullah saw. memakan buah kurma yang kuhadiahkan kepadanya. Dan baginda mempersilakan pula para sahabatnya makan bersama-sama dengannya. Kataku dalam hati, “ini ciri kedua!”

Kemudian kudatangi baginda di Baqi’, ketika baginda menghantar jenazah sahabat baginda untuk dimakamkan di sana. Aku melihat baginda memakai dua helai kain. Setelah aku memberi salam kepada baginda, aku berjalan mengekorinya sambil melihat ke belakang baginda untuk melihat tanda kenabian yang dikatakan guruku.

Agaknya baginda mengetahui maksudku. Maka dijatuhkannya kain yang menyelimuti belakangnya, sehingga aku melihat dengan jelas tanda kenabiannya.

Barulah aku yakin, dia adalah Nabi yang baru diutus itu. Aku terus memeluk bagindanya, lalu kuciumi dia sambil menangis.

Tanya Rasulullah, “Bagaimana khabar Anda?”

Maka kuceritakan kepada beliau seluruh kisah pengalamanku. Beliau kagum dan menganjurkan supaya aku menceritakan pula pengalamanku itu kepada para sahabat baginda. Lalu kuceritakan pula kepada mereka. Mereka sangat kagum dan gembira mendengar kisah pengalamanku.

Berbahagilah Salman Al-Farisy yang telah berjuang mencari agama yang hak di setiap tempat. Berbahagialah Salman yang telah menemukan agama yang hak, lalu dia iman dengan agama itu dan memegang teguh agama yang diimaninya itu. Berbahagialah Salman pada hari kematiannya, dan pada hari dia dibangkitkan kembali kelak.

Salman sibuk bekerja sebagai hamba. Dan kerana inilah yang menyebabkan Salman terhalang mengikuti perang Badar dan Uhud. “Rasulullah saw. suatu hari bersabda kepadaku, “Mintalah kepada majikanmu untuk bebas, wahai Salman!” Maka majikanku membebaskan aku dengan tebusan 300 pohon kurma yang harus aku tanam untuknya dan 40 uqiyah.

Kemudian Rasulullah saw. mengumpulkan para sahabat dan bersabda, “Berilah bantuan kepada saudara kalian ini.” Mereka pun membantuku dengan memberi pohon (tunas) kurma. Seorang sahabat ada yang memberiku 30 pohon, atau 20 pohon, ada yang 15 pohon, dan ada yang 10 pohon, setiap orang sahabat memberiku pohon kurma sesuai dengan kadar kemampuan mereka, sehingga terkumpul benar-benar 300 pohon.

Setelah terkumpul Rasulullah saw. bersabda kepadaku, “Berangkatlah wahai Salman dan tanamlah pohon kurma itu untuk majikanmu, jika telah selesai datanglah kemari aku akan meletakkannya di tanganku.”

Aku pun menanamnya dengan dibantu para sahabat. Setelah selesai aku menghadap Rasulullah saw. dan memberitahukan perihalku, Kemudian Rasulullah saw. keluar bersamaku menuju kebun yang aku tanami itu. Kami dekatkan pohon (tunas) kurma itu kepada baginda dan Rasulullah  saw. pun meletakkannya di tangan baginda. Maka, demi jiwa Salman yang berada di tanganNya, tidak ada sebatang pohon pun yang mati.

Untuk tebusan pohon kurma sudah dipenuhi, aku masih mempunyai tanggungan wang sebesar 40 uqiyah. Kemudian Rasulullah  saw. membawa emas sebesar telur ayam hasil dari rampasan perang. Lantas baginda bersabda,  “Apa yang telah dilakukan Salman al-Farisi?”

Kemudian aku dipanggil baginda, lalu baginda bersabda,  “Ambillah emas ini, gunakan untuk melengkapi tebusanmu wahai Salman!”

“Wahai Rasulullah saw., bagaimana status emas ini bagiku? Soalku inginkan kepastian daripada baginda.

Rasulullah menjawab, “Ambil saja! Insya Allah, Allah Subhanahu wa Ta’ala akan memberi kebaikan kepadanya.” Kemudian aku menimbang emas itu. Demi jiwa Salman yang berada di tanganNya, berat ukuran emas itu 40 uqiyah. Kemudian aku penuhi tebusan yang harus aku serahkan kepada majikanku, dan aku dimerdekakan.

Setelah itu aku turut serta bersama Rasulullah saw. dalam perang Khandaq, dan sejak itu tidak ada satu peperangan yang tidak aku ikuti.’

(HR. Ahmad, 5/441; ath-Thabrani dalam al-Kabir(6/222); lbnu Sa’ad dalamath-Thabagat, 4/75; al-Balhaqi dalam al-kubra, 10/323.)

SAIYIDINA HASSAN DAN PEMUDA BADWI

Saiyidina Hassan Dan Pemuda Badwi

Saiyidina Hassan bin Ali r.a., adalah seorang tokoh Islam yang sangat dicintai oleh umat Islam. Sebagai seorang cucu Rasulullh saw. beliau adalah ibarat permata di zaman hidupnya kerana memiliki budi pekerti yang mulia dan terpuji.

Pada suatu hari sedang Saiyidina Hassan duduk di muka pintu rumahnya, tiba-tiba datang seorang pemuda badwi, lalu mencacinya dan juga kedua ibu bapanya. Anehnya, Saiyidina Hassan hanya mendengar sahaja tanpa sedikit pun berubah air mukanya, atau membalas kata-katanya itu.

Saiyidina Hassan berkata kepada orang itu: “Wahai badwi, adakah engkau lapar atau dahaga? atau adakah sesuatu yang merungsingkan hati engkau?.” Tanpa mempedulikan kata-kata Saiyidina Hassan, badwi itu terus memaki hamunnya.Oleh itu Saiyidina Hassan pun menyuruh pembantu rumahnya membawa uncang yang berisi wang perak lantas diberikannya kepada badwi itu dan berkata: “Wahai badwi, maafkanlah saya. Inilah sahaja yang saya miliki. Jika ada yang lebih tidak akan saya sembunyikannya dari padamu.

Sikap dan layanan Saiyidina Hassan itu akhirnya berjaya melembutkan hati badwi tersebut. Badwi itu menangis teresak-esak lantas sujud di kaki Saiyidina Hassan dan berkata: “Wahai cucu baginda Rasulullah saw. maafkanlah aku kerana berlaku kasar terhadapmu. Sebenarnya aku sengaja melakukan begini untuk menguji kebaikan budi pekertimu sebagai cucu baginda Rasulullh saw. yang aku kasihi. Sekarang yakinlah aku bahawa engkau mempunyai budi pekerti yang mulia sekali.”

Gaji RM14,000 untuk beza jantina anak ayam

image

 

Walaupun ditawar gaji RM 14,000 sebulan, namun tiada siapa mahu melakukan kerja ini.

Ini kerana kerja yang ditawarkan ini adalah sangat sukar dilakukan, iaitu menentukan jantina anak ayam yang baru menetas.

Industri ternakan di United Kingdom sedang mengalami masalah mencari pekerja yang sanggup melakukan pekerjaan ini.

Ia mengambil masa tiga tahun untuk mempelajari perbezaan kecil antara ayam jantan dan betina yang kebiasaannya hanya tiga hingga lima saat diperlukan untuk menentukan jantina ayam-ayam tersebut.

Setiap hari antara 800 hingga 1200 anak ayam perlu di tentukan jantinanya dan dengan ketepatan 97 hingga 98 peratus.

Ketua Eksekutif, Majlis Ternakan Ayam British, Andrew Large berkata, ia mengambil masa tiga tahun untuk melatih seseorang itu mempunyai kepekaan dalam menentukan jantina anak ayam dan ramai orang tidak mahu menghabiskan masa untuk mempelajari kemahiran tersebut.

“Saya rasa masalah ini adalah kerja itu sendiri. Anda menghabiskan masa berjam-jam sehari hanya untuk merenung bahagian belakang ayam. Dan ini bukanlah satu benda yang menarik untuk dilakukan.

‘Di Asia Tenggara pekerjaan menentukan jantina anak ayam adalah pekerjaan yang status tinggi manakala di United Kingdom ia adalah lebih cenderung menjadi bahan jenaka. ‘ katanya dipetik Metro.uk

Saya rasa kalau dekat Malaysia ada tawar gaji sampai RM14k sebulan, ramai yang mohon. Asalkan rezeki yang dicari adalah halal.

Google Earth Pro Kini Ditawarkan Secara Percuma Kepada Semua

Google Earth sedia ditawarkan secara percuma sejak dulu daripada Google. Selain itu, mereka juga mempunyai penawaran yang khusus untuk perusahaan sebelum ini, dinamakan sebagai Google Earth Pro dan memerlukan bayaran langganan sebanyak $399 setahun untuk menggunakannya.

google pro percuma

 

Kini perkara tersebut berubah, apabila Google mula menawarkan Google Earth Pro secara percuma kepada semua, dan boleh dimuat-turun tanpa sebarang langganan seperti sebelumnya.

Google Earth Pro menawarkan pelbagai fungsi Google Earth, dan pada masa yang sama turut menyertakan sokongan pengimejan yang lebih jelas, serta beberapa fungsi tambahan seperti merancang rekaan bangunan pada sesuatu lokasi, mengukur saiz bangunan, serta menggunakannya dalam kajian serta pembelajaran.

Bagi anda yang berminat, anda boleh memuat-turun Google Earth Pro hari ini. Sebelum dapat memuat-turunnya, pengguna akan diperlukan untuk mengisi maklumat peribadi terlebih dahulu, dan seterusnya anda akan diberikan dengan kata kunci khusus untuk menggunakan Google Earth Pro.

Jika anda merindui kampung halaman boleh la, tengok sekitar kampung dengan google street view.

Pokok kurma kota bharu

Pokok Kurma Kota Bharu

Info Kesihatan (Khasiat Air Alkali)

Dalam hidup ini : kita dihadapkan dengan pelbagai pilihan. Dalam mencapai piawai kesihatan yang baik ada dua konsep yang nyata bertentangan antara satu sama lain : [1] konsep perawatan @ cure the disease, [2] konsep pencegahan penyakit @ preventive medicine. Secara amali : majoritinya mewakili kolompok pertama : kita lebih selesa merawat diri selepas terkena ujian penyakit. Sementara kelompok kedua secara relatifnya adalah kelompok minoriti.

Rasululullah SAW sebagai uswatan hasanah jelas sekali memakai protokol preventive medicine dalam mencapai kesihatan yang sempurna sehingga dalam sejarah hidup Baginda SAW, beliau hanya sakit 2 kali sahaja. Rasulullah SAW sakit pertama kali pada tahun ke-6 Hijrah akibat demam dan kali kedua sakit pada tahun ke-7 Hijrah akibat keracunan makanan.

Air sebagai makhluk hidup sekaligus sebagai unsur kehidupan yang paling essential adalah merupakan kunci untuk penyelesaian dan pencegahan pelbagai jenis penyakit. Air di dalam konteks kesihatan total memainkan 2 fungsi penting : (1) membawa zat makanan ke seluruh organ tubuh bagi menjalankan segala fungsi enzim dan (2) untuk menjalankan kerja pembuangan toksin (detoksifikasi). Ia adalah kunci kepada kehidupan yang panjang (longevity) dan sekaligus sebagai anti-penuaan (anti- aging).

Sungguhpun begitu, hari ini, disebabkan oleh pengeluaran makanan besar- besaran, kekurangan tanah, racun perosak, baja kimia, lebihan pemprosesan makanan (sisa), pengawet kimia dan minum berklorin dan lebihan fluorida dalam air mineral, tubuh tidak mampu melakukan proses nyahtoksik secara berkesan. Sel-sel tubuh menjadi rosak, tahap penghidratan berkurangan dan mematangkan sel secara lebih cepat.

Tanda-tanda Badan Berasid

3 PERINGKAT BADAN BERASID

Peringkat awal : Sedikit berasid.

Tanda-tanda :

  1.      Lendir dalam dada
  2.      sakit sendi, tangan & kaki menjadi sejuk
  3.      kehendak seks menurun,
  4.      pedih ulu hati,
  5.      kencing barbau keras,
  6.      sakit otot,
  7.      kelesuan,
  8.      jerawat,
  9.      Sembelit
  10.      Sakit kepala
  11.      PMS dan panic attack

Sekiranya tiada tindakan untuk meneutralkan keasidan di peringat awal, maka tubuh akan masuk ke peringkat seterusnya.

Peringat kedua : Lebih serius dan memberi kesan kepada kesihatan

Tanda-tanda :

  1. Badan Menjadi Bengkak
  2. Mati Pucuk
  3. Migrain
  4. Jangkitan Virus
  5. Ekzema
  6. Endometriosis
  7. Psoriasis
  8. Tekanan Perasaan
  9. Insomnia
  10. Bronkitis
  11. Jangkitan Kulat
  12. Sinusitis
  13. Asma
  14. Alergi
  15. Jangkitan Bakteria

Sekiranya keadaan di peringkat kedua tidak dirawat dengan baik, maka ia boleh membawa ke peringkat akhir akibat badan berasid.

Peringkat akhir : Peringkat Yang Lebih Teruk
Tanda-tanda:

  1. Kanser
  2. Schizofernia
  3. SLE & TB
  4. Artritis
  5. Multiple sclerosis

Di peringkat ini, ia boleh mambawa maut dan perlukan rawatan yang bersesuaian.

air alkali, bio cypress, bio sunnah, alkaline water

 IMPLIKASI MINUMAN KEKURANGAN MINERAL DAN BERASID

(pH BERASID) 

Meminum minuman berasid, kurang alkali dan rendah mineral akan meninggalkan impak yang berbahaya kepada organ-organ tubuh. Ini akan menjadikan tubuh dan cairan badan seseorang berada dalam keadaan berasid atau asidosis. Asidosis juga dikenali sebagai lebihan asid di dalam tubuh, diukur dengan kadar pH keasidan. pH asid adalah di bawah 7.35 pada skala pH. pH neutral berkisar diantara 7.35 hingga 7.45 dan kadar pH di atas 7.45 disebut sebagai alkalosis. Menurut Dr Robert Young : “Asid berlebihan di dalam tubuh adalah penyebab utama penyakit. Semua rahsia untuk kesihatan yang baik dan pengurangan berat badan adalah dengan menjaga keseimbangan pH yang halus di dalam darah“.

Gaya hidup moden serta kaedah pertanian (penggunaan racun perosak, herbisid dan lain-lain) telah menyebabkan pengambilan makanan tidak sihat dan tidak seimbang merupakan penyebab utama kepada penurunan nilai pH tubuh kepada lebih berasid. Tabiat pemakanan berbentuk asid seperti makanan segera, daging, susu, produk berasaskan ragi seperti roti, kopi, soda dan lain-lain. Contoh: air coke mempunyai pH 2.5. Seperti yang diketahui sebelum ini, pH yang ideal di antara 7.35 dan 7.45.

Gejala Asidosis bukan hanya menyebabkan penambahan berat badan, tetapi ia juga menjadi punca kepada sakit sendi, osteoporosis, alergi, jerawat, keletihan kronik, sakit kepala, masalah jantung, jangkitan dan banyak lagi.

air alkali, bio cypress, bio sunnah, alkaline water

 

Kanser Sel – Sel-sel dalam keadaan pH berasid akan menyebabkan perubahan tidak normal pada DNA dan boleh menghasilkan sel kanser.

Kencing Manis – Bahan toksik berasid berkumpul dalam pankreas menyebabkan fungsinya menjadi lemah dan menghalang penghasilan insulin.

Darah Tinggi – Toksik berasid di dalam badan melekat dan berkumpul di dinding kapilari darah sehingga saluran darah menjadi sempit dan tersumbat. Pengaliran darah melalui kapilari yang sempit ini menyebabkan tekanan darah meningkat.

Darah Rendah – Toksik berasid menyerap ion kalsium di dalam jantung yang mengakibatkan aktiviti jantung menjadi lemah.

Penyakit Buah Pinggang – Pengumpulan toksik berasid di dalam buah pinggang akan melemahkan fungsi buah pinggang dan mengakibatkan penyakit buah pinggang.

Osteoporosis – Jika badan kekurangan alkali, tulang akan membekalkan kalsium dan tulang akan menyimpan kalsium jika alkali berlebihan. Namun jika asid terlalu banyak, tulang akan sedikit demi sedikit membekalkan kalsium untuk meneutralkan keadaan berasid dalam badan. Lama-kelamaan proses ini akan mengakibatkan osteoporosis.

air alkali, bio cypress, bio sunnah, alkaline water

Rheumatisme – Toksik berasid yang terkumpul di bahagian sendi akan menyebabkan sendi-sendi membengkak dan sakit.

Sembelit – Usus besar berasid akan mengakibatkan peredaran darah tidak lancar, dinding usus besar berkurangan rembesan pelincir yang menyebabkan sembelit.

Sakit Sendi dan Artritis – Apabila pH asid berlebihan, mineral tulang penting seperti kalsium, natrium, kalium dan magnesium akan digunakan bagi meneutralkan asid yang berlebihan yang mengakibatkan sakit sendi dan artritis.

air alkali, bio cypress, bio sunnah, alkaline water

Asma Kronik – Dalam keadaan yang tidak seimbang (terus-menerus pengambilan asid), parasit dan bakteria akan lebih mudah merebak. Ia bukan hanya menyebabkan penurunan tahap oksigen tubuh, malah dalam jangka panjang akan mengakibatkan keletihan kronik dan tahap tenaga yang rendah.

air alkali, bio cypress, bio sunnah, alkaline water

Jerawat – Pasti ada alasan-alasan yang berbeza untuk masalah kulit tidak sihat. Salah satu alasan ini adalah menelan terlalu banyak asid dalam bentuk makanan dan minuman. Beban sisa asid yang keterlaluan akan megakibatkan racun-racun keluar melalui kulit.

Masalah Jantung – Ketidakseimbangan pH tubuh mengarah kepada pertumbuhan bakteria, kulat dan virus yang akan melekat pada arteri, sehingga mengakibatkan penggumpalan. Pembekuan umumnya adalah punca bagi serangan jantung berlaku di mana aliran darah tersekat.

air alkali, bio cypress, bio sunnah, alkaline water

Alergi – Terutama alergi makanan. Masalah kulit terjadi sekiranya racun terlalu banyak disimpan di dalam tubuh. Racun yang tersimpan adalah melalui pengambilan makanan yang terlalu berasid. Punca kejadian alahan adalah sistem pencernaan yang lemah dan juga pH tubuh tidak seimbang.

Jangkitan – pH asid juga mendorong kepada pertumbuhan mikrob dalam sistem pernafasan. Fungsi utama sistem pernafasan adalah untuk membekalkan oksigen di dalam darah agar darah dapat membekalkan oksigen ke seluruh bahagian tubuh. Serangan mikrob ke atas sistem sel akan menyebabkan sakit kepala, asma, bronkitis, jangkitan, pilek dan lain-lain.

air alkali, bio cypress, bio sunnah, alkaline water

Adakah Anda INGINKAN IA BERLAKU

PADA DIRI Anda !! 

BAGAIMANA MAHU ATASI?

air alkali, bio cypress, bio sunnah, alkaline water

Disyorkan mengambil

80% makanan beralkali atau minum air alkali @ alkaline water

dan hanya 20% makanan berasid.

Contoh makanan alkali ialah sayuran dan buahan,

80% alkali = Sebakul sayuran.

Bolehkah anda makan Sebakul sayuran ?

air alkali, bio cypress, bio sunnah, alkaline water

TETAPI Malangnya RAMAI yang mengambil 90% Makanan Berasid. Kerana makanan yang berasid menjadi makanan kegemaran penduduk seluruh dunia khasnya di malaysia.

Contoh

Pagi, makan roti canai / Nasi lemak..

Tengahari, makan nasi berlauk/Nasi beriani..

Petang, makan goreng pisang/maggie..

Malam, makan satay/nasi lemak dan macam2 lagi..

BOLEHKAH ANDA BERHENTI MENGAMBIL

MAKANAN KEGEMARAN ANDA ?

air alkali, bio cypress, bio sunnah, alkaline water

air alkali, bio cypress, bio sunnah, alkaline water

Pendapat Dr Pakar

“ASID PUNCA UTAMA SAKIT KRONIK”

ASID=SAKIT KRONIK

* Dr Pakar telah membuktikan asid berlebihan punca penyakit kronik, Kenapa kita yang kurang pakar menafikan kenyataan ini? Terpulang pada anda !! Kesihatan anda berada di tangan anda !! Cegah sebelum parah !

air alkali, bio cypress, bio sunnah, alkaline water

PENYELESAIAN PENYAKIT KRONIK !!

Buang ASID / Neutralkan ASID

air alkali, bio cypress, bio sunnah, alkaline water

Adakah Anda Tahu Berapa Kos Perubatan Sekarang?

air alkali, bio cypress, bio sunnah, alkaline water, kos perubatan di malaysia

“Mencegah Adalah Lebih Baik Dari Berubat” Amalkan Hidup Sihat Bermula Sekarang

air alkali, bio cypress, bio sunnah, alkaline water

SETIAP MASALAH ADA JALAN PENYELESAIANNYA….

SETIAP PENYAKIT ADA PENAWARNYA

Kini

BIO SUNAH HERBS

MAMPU MENYELESAIKAN MASALAH ANDA!!!

Anda Mampu Hindari DAN MENEUTRALKAN ASID yang berlebihan di dalam badan

dengan

air alkali, bio cypress, bio sunnah, alkaline waterair alkali, bio cypress, bio sunnah, alkaline water

AIR ALKALI BIO CYPRESS & PATI BIO CYPRESS (BIOLIFE) TELAH terbukti berkesan dalam meneutralkan asid dalam badan anda DALAM TEMPOH PALING SINGKAT!!!

Bio Cyress/Bio life mampu meneutralkan SEHINGGA 90% asid dalam badan HANYA dalam tempoh 7 hari JIKA MENGIKUT SUKATAN  YANG DISYORKAN.

air alkali, bio cypress, bio sunnah, alkaline waterair alkali, bio cypress, bio sunnah, alkaline water

 Air Alkali Bio Sunnah Cypress/Bio Life BUKAN SEKADAR AIR  ALKALI TETAPI telah diformulasikan dengan Pemakanan SunnahYANG TERBAIK DI DUNIA

MENGHASILKAN  SUATU MINUMAN  Eksploitasi Energi BioSel Paling Halus (2000 kali lebih Kecil dari SEL DARAH MERAH)Pada Tahap Sub Atomic Particles

 

air alkali, bio cypress, bio sunnah, alkaline water

sumber: http://www.biosunahherbs.com.my

Rombakan Pembayaran Bonus Penjawat Awam? Bayaran Bonus Berdasarkan KPI? Apa Kata 1.5 Juta Kakitangan Awam?

Bayaran-Bonus-2016

 

Rombakan Pembayaran Bonus Penjawat Awam? Bayaran Bonus Berdasarkan KPI? Apa Kata 1.5 Juta Kakitangan Awam? : Majlis Profesor Negara (MPN) dah bersuara. Hari ini salah seorang penganalisis ekonomi negara yang juga merupakan Ahli Jawatankuasa Kluster Ekonomi dan Kewangan, Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Dr Abdul Rahim Abdul Rahman mendedahkan situasi yang sedang berlaku dalam sektor awam pada ketika yang mana pada kaca mata Prof Dr Abdul Rahim Abdul Rahman yang mana masalah ini harus dipulihkan dengan segera supaya tidak menjadi “nanah” dalam sektor awam.

Dengan negara mempunyai saiz jumlah perjawatan yang ramai, Prof Dr Abdul Rahim Abdul perhatikan masih ramai lagi penjawat awam di Malaysia tidak menunjukkan komitmen, prestasi yang diharapkan kerana merasakan mereka berada di “zon yang cukup selesa” dibandingkan dengan pekerja swasta di Malaysia untuk bersaing bagi menunjukkan prestasi yang terbaik.

  • Penjawat awam diberikan akses pelbagai kemudahan dan faedah yang lebih baik, imbuhan, bonus yang besar dibandingkan kebanyakan pekerja swasta di Malaysia
  • Malangnya, Prof Dr Abdul Rahim Abdul Rahman kualiti kerja yang diberikan penjawat awam kepada orang ramai masih lagi di tahap mengecewakan.

Cadangan Penambaikan Meknisme Kenaikan Pangkat & Pembayaran Bonus Penjawat Awam?

Oleh itu, Prof Dr Abdul Rahim Abdul Rahman tampil dengan beberapa cadangan dan saranan dengan harapan ia mampu meningkatkan semula tahap prestasi penjawat awam di Malaysia.

  1. bayaran bonus raya, bonus bajet Malaysia sepatutnya dibayarkan kepada penjawat awam berdasarkan Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) yang dibuktikan mereka sebelum itu
  2. Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) mesti lebih telus dan fokus kepada kualiti kerja yang boleh diukur
  3. Penjawat awam yang tidak mencapai KPI yang disasarkan hanya layak menerima gaji bulanan seperti biasa tanpa bonus.
  4. Setiap pekerja perlu ada KPI untuk menentukan pemberian bonus dan kenaikan pangkat kena ada KPI yang jelas dengan harapan penjawat awam akan lebih peka
  5. Negara berdepan kerugian kerana perlu lantik ramai kakitangan namun pada hakikatnya bilangan pekerja yang besar itu bertindih buat benda sama sehingga ramai yang mengambil kesempatan termasuk yang curi tulang.
  6. Jangan bayar bonus satu bulan contohnya kepada semua penjawat awam sepertimana yang berlaku sekarang. Hanya lakukan pembayaran bonus kepada penjawat awam yang cekap sahaja.
  7. Manakala kakitangan kerajaan yang tidak menunjukkan prestasi kerja memberangsangkan tidak akan diberikan bonus

Apa kata anda pula? Bersetuju dengan saranan dan cadangan Prof Dr Abdul Rahim Abdul Rahman kali ini? Mengapa?

Jadual Pembayaran Gaji 2015

Jadual Pembayaran Gaji 2015

TARIKH PMBAYARAN GAJI KAKITANGAN AWAM 2015

gaji2015

MAKLUMAT UNTUK PESARA

Pesara Kerajaan pula boleh menyemak tarikh pembayaran pencen di Bahagian Pasca Perkhidmatan. Bagi memudahkan pesara menyemak tarikh pembayaran pencen boleh memuat turun aplikasi iPesara (iPhone). Walaupun untuk iPhone pengguna iPad juga boleh muatturun aplikasi ini tetapi setup nya untuk paparan di iPhone.

Caranya:

1. Masuk ke Apps Store dan buat carian “iPesara” dan Install

2. Selepas selesai Open aplikasi dan masukkan no MyKad dan No Akaun Pencen dan semak

 

AIR ALKALI BIO CYPRESS

ATASI MASALAH TOKSIK DALAM BADAN ANDA

Iklan: Jawatan Pensyarah di IPG

Sukacita dimaklumkan Institut Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia, menawarkan beberapa jawatan kosong bagi pegawai-pegawai pendidikan. Berikut adalah maklumat-maklumat jawatan yang memerlukan pengisian.

Syarat Pemohonan:

Pensyarah (PPPS DG44-DG54)

  1. Berada di Gred PPP Siswazah DG41 selama 5 tahun;
  2. Memiliki Ijazah Sarjana / Ph.D dalam Bidang Pengurusan Pendidikan, Penilaian dan Penyelidikan Pendidikan atau bidang-bidang yang berkaitan;
  3. PPP Siswazah Gred DG41 yang tempoh perkhidmatan telah melebihi 3 tahun, dibenarkan memohon jawatan Pensyarah (Memangku DG44) di Institut Pendidikan Guru;
  4. Mempunyai pengalaman Pengurusan / Pentadbiran sama ada di Sekolah, PPD / PPG, Institut Pendidikan Guru, Bahagian Matrikulasi, Jabatan Pendidikan Negeri atau di Bahagian Kementerian Pelajaran Malaysia.
Tarikh Tutup Permohonan : 26 Mac  2012