Apa itu Air Alkali Dan Khasiatnya?

Definasi Air Alkali

Apa itu Air Alkali Dan Khasiatnya? Definasi Air Alkali

Air alkali adalah air yang telah mengalami proses penambahan ion hidroksida iaitu (OH-) dan ion calcium ataupun oksigen dan ion mineral alkali seperti (sodium, potassium, magnesium dan calcium). Proses penghasilan air alkali ini akan meningkatkan kandungan mineral dalam air dan pH air akan meningkat tinggi sehingga 9.0-10.6 pH. Air alkali yang keluar dari penapis perlu diminum secepat mungkin atau dua hari selepas di tapis untuk mendapat kesan yang optimum.Air minuman yang bersifat alkali adalah yang paling sesuai untuk tubuh kerana dapat meneutralkan asid dalam tubuh badan..Air Zam Zam adalah Air Beralkali dan Mengandungi Banyak Mineral.

Kenapa Kita Perlukan Air Alkali ?
Air alkali adalah berbeza dengan air yang biasa kita minum dimana air alkali mengandungi kandungan ion negative yang tinggi serta memiliki tahap didih, kepekatan dan ikatan molekul yang berbeza dengan air paip. Keadaan ini menyebabkan air alkali mampu menyerap masuk ke dalam sel 3 kali ganda lebih cepat berbanding air paip. Struktur molekul yang lebih kecil mampu meningkatkan proses pembuangan toksik yang lebih efektif.

Ion alkali iaitu (OH-) dan ion calcium adalah sumber anti-oksida yang sangat kuat dan apabila ia dalam bentuk cecair bahan ini mampu masuk terus ke dalam sel dan meneutralkan radikal bebas tanpa perlu mengalami proses metabolisma, tidak seperti pil vitamin C, vitamin E dan sebagainya.

Air alkali juga meneutralkan asid dalam badan dan menyeimbangkan pH badan iaitu (6.9 – 7.2). Badan kita memerlukan nisbah keadaan asid : alkali yang seimbang iaitu pada nisbah 4 : 1 ( 4 bahagian alkali dan 1 bahagian asid ) atau 80% alkali dan 20% asid. Makanan yang kita makan boleh terdiri dari asid atau alkali, dan makanan ini apabila di akhir proses penghazaman akan meninggalkan hampas ataupun yang dinamakan (end product). Hampas ini boleh terdiri dari alkali atau asid bergantung pada kandungan mineral yang terdapat dalam makanan.

Apa Itu Air Alkali

Apabila badan kita melalui proses metabolisma, makanan tadi akan dibakar untuk mendapatkan tenaga dan sebahagiannya akan disimpan menjadiasid lemak dan asid lemak tadi disimpan di beberapa tempat biasanya dibahagian bawah kulit, peha, tisu dan organ. Apabila pengumpulan asid lemak ini berlebihan maka keadaan ini akan menggangu pH darah kita dan keadaan ini dinamakan acidosis.

Asidosis kemudiannya menggangu perjalanan sistem kelejar dan fungsi organ. Keadaan ini sekiranya berlarutan akan mengundang kepada pelbagai jenis penyakit.

Asidosis akan menyebabkan pelbagai penyakit seperti arthritis, darah tinggi, sakit kulit, dan penuaan. Ini boleh diatasi dengan pengambilan makanan yang beralkali iaitu dengan nisbah alkali – asid 4:1 dan pengambilan air yang banyak.

Kepentingan keseimbang pH
Organ dalaman manusia amat sensitif terhadap perubahan pH. Seperti contoh, plasma darah dan bendalir yang menyelubungi sel mempunyai pH 7.2 ke 7.45. Penurunan pH darah ke 6.9 akan menyebabkan koma atau berkemungkinan maut. Oleh itu, badan manusia telah dikurniakan dengan beberapa mekanisma untuk menyeimbangkan tahap pH dalam badan. Mekanisma tersebut dikenali sebagai “buffers”. Sistem buffers berupaya untuk mengikat ion-ion atau melepaskannya daripada bendalir apabila kepekatan bendalir itu meningkat atau mengurang, dengan ini badan kita akan berupaya untuk mengekalkan tahap pH yang optimum.

Satu Penemuan Yang Hebat Tentang Khasiat Air Alkali
Kajian mengenai air alkali telah bermula dari tahun 1950 di jepun. Kajian menunjukkan minum air yang tinggi pH mampu meneutralkan asid yang terkumpul di dalam badan. Di Jepun iaitu di bawah kementerian kesihatan telah menjalankan usaha untuk menghasilkan air beralkali tinggi dan air alkali yang pertama dihasilkan adalah pada tahun 1966.Apa kata pakar….:

Khasiat Air Alkali

Khasiat Air Alkali

Berikut adalah beberapa khasiat air alkali yang dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan kesihatan badan:

1. Air alkali meneutralkan kadar asid berlebihan di dalam badan
Kebanyakan makanan yang kita ambil mengandungi kandungan asid. Makanan-makanan seperti daging merah, keju, pasta dan minuman berkarbonat boleh merendahkan nilai pH di dalam badan dan seterusnya meningkatkan tahap keasidan di dalam badan.
Walaupun asid diperlukan oleh badan contohnya dalam sistem pencernaan yang memerlukan asid untuk mencernakan makanan, namun kandungan asid yang berlebihan dan tidak terjaga boleh mendatangkan penyakit.
Menurut Dr.Mona Harrison, Pengarah Majlis Air Antarabangsa mengatakan bahawa virus dan agen jangkitan lain tidak boleh hidup di dalam persekitaran alkali. Sel yang sihat akan bersifat alkali dan sel yang rosak atau tidak sihat akan bersifat asid.
Oleh itu, air beralkali boleh menstabilkan kembali paras pH badan supaya tidak terlalu berasid dengan meningkatkan kembali tahap pH supaya pH badan kembali beralkali.

2. Air alkali menyingkirkan sisa toksin dari dalam badan dengan berkesan
Toksin biasanya lebihan atau sisa yang beracun kepada badan. Ia datang daripada makanan, sisa ubat-ubatan dan hasil kumuh. Ia perlu dikeluarkan segera dari dalam badan ia boleh memudaratkan badan serta mendatangkan penyakit.
Air beralkali adalah larutan yang sesuai untuk mencuci dan mengeluarkan toksin dari sistem perkumuhan seperti air kencing dan peluh. Ia lebih sesuai berbanding air paip atau air yang telah dimasak kerana ia mudah diserap di dalam sel-sel badan dan lebih berkesan untuk menyingkirkan toksin.

3. Tubuh badan tidak akan mengalami masalah kekurangan air
Molekul air beralkali adalah dalam bentuk kelompok yang lebih kecil berbanding molekul air biasa. Dengan ini, ia dapat diserap ke dalam tisu-tisu badan dengan mudah dan kekurangan air di dalam badan dapat dikurangkan.
Proses ini dinamakan penghidrasi. Ia penting untuk memastikan tubuh badan sentiasa mengandungi air yang cukup untuk sistem tubuh badan dan kemandirian hidup. Jika badan kekurangan air, sel-sel badan tidak akan dapat menjalankan proses osmosis dengan berkesan.
Dengan meminum air beralkali, anda akan mendapat keperluan air yang mencukupi, bukan sahaja untuk menghilangkan dahaga, malah boleh memberikan kesihatan yang optimum.

4. Kanser tidak dapat hidup di dalam keadaan beralkali

Khasiat Air Alkali

Tahukah anda bahawa kanser boleh hidup di dalam keadaan yang kurang oksigen? Menurut Dr. Otto Warburg yang telah menerima Hadiah Nobel pada tahun 1923 telah menemui Punca Kepada Berlakunya Kanser Di Dalam Tubuh Badan. Beliau mendapati bahawa Sel Kanser Adalah Anaerobik (Tidak Bernafas Dengan Oksigen) dan tidak boleh hidup di dalam keadaan oksigen yang tinggi.
Keadaan oksigen yang tinggi adalah keadaan di mana tubuh badan yang mengandungi ion hidroksi yang tinggi yang juga dikenali sebagai beralkali. Apabila badan dipenuhi dengan air alkali, sel-sel kanser akan tidak aktif dan tidak boleh hidup di dalam medium tersebut.

5. Penawar kepada masalah kesihatan
Menurut kajian dari Universiti Gifu, Jepun mendapati bahawa air beralkali mampu mengurangkan masalah asid refluks yang mengganggu seseorang yang mengalami masalah gastrik, cirit-birit dan angin yang berlebihan.
Jika seseorang yang mengalami masalah kesihatan yang kronik seperti kanser, masalah kencing manis, hipertensi dan strok, dengan mengamalkan air alkali, ia mengandungi zat mineral yang diperlukan oleh badan serta dan seterusnya dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit yang dialami. Ini kerana badan kita dapat menyerap sumber mineral yang terkandung dalam air alkali dan membantu meneutralkan kadar asid dalam badan.

6. Air alkali adalah ejen antioksidan yang unggul
Punca kebanyakan penyakit yang sering berlaku adalah disebabkan kehadiran bendasing yang dipanggil radikal bebas. Maksud ‘bebas’ di sini adalah ia mengandungi lebihan elektron pada sel-selnya yang apabila bergabung dengan sel-sel badan, ia akan menyebabkan sel-sel badan itu rosak.
Untuk menghalang proses ini daripada berlaku, ejen antioksidan diperlukan untuk ‘menangkap’ radikal bebas ini dan meneutralkan kesannya dengan menggabungkan elektron (dari ejen antioksidan) kepada radikal bebas ini.
Air alkali mengandungi lebihan elektron yang membolehkan ia bertindak sebagai ejen antioksidan yang terbaik. Ia akan menukarkan radikal bebas itu kepada oksigen di mana oksigen ini akan digunakan untuk proses penghasilan tisu-tisu badan dan pengangkutan sel darah merah ke seluruh badan.

7. Air alkali membantu pengurangan berat badan
Detoksifikasi merupakan langkah terbaik untuk membersihkan bahagian dalaman badan daripada toksin yang mengundang kepada masalah kesihatan. Air alkali mengandungi lebihan elektron yang membolehkan ia bertindak sebagai ejen antioksidan yang terbaik.
Ia akan menukarkan radikal bebas itu kepada oksigen di mana oksigen ini akan digunakan untuk proses penghasilan tisu-tisu badan dan pengangkutan sel darah merah ke seluruh badan.
Air beralkali mampu membantu untuk mengurangkan masalah berat badan dengan meneutralkan asid-asid yang berlemak seterusnya menyingkirkan dari tubuh badan.

8. Keajaiban Perubahan Pada Molekul Air Setelah Didoakan
Air juga mampu memberikan kesan positif kepada badan apabila dibacakan sesuatu perkataan kepadanya. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama, Jepun mendapati kristal air boleh berubah apabila dibacakan sesuatu ayat dengan perasaan tertentu.
Apabila air dibacakan dengan perkataan ‘cinta’, ‘aman’ dan apa-apa perkataan yang positif, kristal air akan berbentuk seperti hablur yang indah dan cantik. Namun, apabila air dibacakan dengan perkataan negatif seperti ‘benci’,’sedih’ dan ‘perang’, kristal air akan menghasilkan bentuk yang tidak menarik dan terpecah-pecah.

Penemuan ini membuktikan bahawa air boleh menyimpan memori dan dapat mempengaruhi manusia berdasarkan ayat-ayat yang dibacakan kepadanya.

Fenomena ini juga sinonim dengan amalan air jampi umat Islam yang membacakan ayat-ayat suci al-Quran pada air. Sememangnya kalimah Allah boleh memberikan kesan positif kepada pengamalnya apabila air tersebut diminum sesuai dengan air yang menjadi sumber kepada benda hidup seperti yang diceritakan di dalam al-Quran di dalam surah Al-Anbiya’ ayat 30 yang bermaksud,“Dan dari pada air, Kami jadikan segala sesuatu yang hidup”.

Secara ringkasnya, air beralkali memberi banyak manfaat kepada kesihatan badan yang berupaya untuk sentiasa berhidrasi, mencegah dan membantu merawat pelbagai masalah kesihatan yang kronik. Dengan menggantikan air mineral biasa dengan air alkali sebagai minuman harian, ia adalah langkah yang lebih baik kerana ia mengandungi sumber mineral yang bermanfaat untuk kesihatan badan.

“ASID PUNCA UTAMA SAKIT KRONIK”
ASID=SAKIT KRONIK
* Dr Pakar telah membuktikan asid berlebihan punca penyakit kronik, Kenapa kita yang kurang pakar menafikan kenyataan ini? Terpulang pada anda !! Kesihatan anda berada di tangan anda !! Cegah sebelum parah !

Apa itu air alkali

PENYELESAIAN PENYAKIT KRONIK !!
Buang ASID / Neutralkan ASID

Cara Buang Toksik
Sedikit Mengenai Teori Air Ion Alkali
Kenapa kita sakit? Adakah oksigen itu bagus? Jawapannya ialah ya. Oksigen amat diperlukan oleh badan kita. Molekul oksigen agak stabil apabila berada di atmosfera, tetapi apabila terlalu banyak oksigen diserap ke dalam badan kita, oksigen tersebut menjadi semakin aktif dan tidak stabil, dan ia menunjukkan sifat-sifat yang mudah untuk melekatkan diri terhadap sel-sel sihat. Oksigen ini lebih dikenali sebagai radikal bebas. Sifat-sifat radikal bebas ini adalah mempunyai ketidakseimbangan elektron. Lebih kurang 2% oksigen yang disedut menjadi oksigen aktif, sewaktu bersenam, jumlah tersebut meningkat menjadi 20%. Radikal bebas ini akan menghasilkan kesan oksidasi yang begitu tinggi. Ini bermakna radikal bebasini mampu mencuri elektron-elektron daripada sel yang sihat

Sehubungan dengan itu, apabila terdapat terlalu banyak radikal bebas dihasilkan didalam badan, mereka menjadi semakin aktif dan melekatkan diri kepada sel-sel yang sihat, hasilnya sel-sel yang sihat akan musnah secara genetiknya. Ia juga berupaya untuk mengoksidasikan tisu lalu akan menyebabkan berlakunya pelbagai jenis penyakit.

Antioksidan menghalang oksidasi bahaya
Salah satu cara untuk melindungi tisu sihat daripada dioksidasikan oleh radikal bebas adalah dengan cara membekalkan elektron bebas kepada radikal bebas, dengan menyeimbangkan jumlah elektron pada radikal bebas tersebut, maka ia dapat menghalang dari radikal bebas untuk menganggu sel-sel tisu yang sihat.

Contoh Makanan Beralkali
Dalam kajian, makanan seharian kita ada yang menghalang kita daripada dihinggapi kanser dan ada sebahagiannya menyumbangkannya. Kebanyakkan tisu-tisu yang rosak disebabkan oleh bahan yang dikenali sebagai karsinogen yang terdapat didalam makanan terhasil dari hasil tindak balas oksidasi didalam sel. Oleh itu para pengkaji telah menemui satu bahan yang dapat menghalang berlakunya oksidasiini, bahan tersebut lebih dikenali sebagai antioksidan. Dengan pengambilan bahan antioksidan ini secara semulajadi seperti air alkali yang berantioksidan akan menjadi benteng utama dalam menghalang berlakunya kanser.

Bagaimana Untuk Kita Mengelakkan Diri Dari Dihinggapi Penyakit ?

Disyorkan mengambil
80% makanan beralkali atau minum air alkali @ alkaline water
dan hanya 20% makanan berasid.
Contoh makanan alkali ialah sayuran dan buahan,
80% alkali = Sebakul sayuran.
Bolehkah anda makan Sebakul sayuran ?

TETAPI Malangnya RAMAI yang mengambil 90% Makanan Berasid. Kerana makanan yang berasid menjadi makanan kegemaran penduduk seluruh dunia khasnya di malaysia.
Contoh

Contoh Makanan Alkali
Minuman Kegemaran Utama Adalah Air Isotonik atau Karbonat Di Mana Kadar Keasidannya Yang Amat Tinggi
“Mencegah Adalah Lebih Baik Dari Berubat” Amalkan Hidup Sihat Bermula Sekarang

SETIAP MASALAH ADA JALAN PENYELESAIANNYA….
SETIAP PENYAKIT ADA PENAWARNYA

PADA MASA KINI AIR ALKALI BANYAK TERDAPAT DI PASARAN

Persoalannya Macam mana hendak memilih air alkali yang terbaik dipasaran pada kadar yang berpatutan dan dapat memberi manfaat yang amat tinggi kepada kesihatan kita.

Berdasarkan kajian oleh ramai pakar perubatan. Air Alkali semulajadi yang terbaik adalah Air Zam-zam iaitu Air Anugerah Allah S.W.T atau Mukjizat Nabi Ismail AS, ia adalah kerana ia bukan sekadar membantu menyeimbangkan tahap pH dalam badan tetapi ia juga membekalkan mineral yang diperlukan dalam badan. Tetapi, pada masa kini adalah amat sukar untuk mendapatkan Air Zam-zam dan terdapat juga yang tiruan. Jadi bagaimana kita hendak mendapatkan air alkali yang bersifat Nutrient Celullar seperti Air Zam Zam dan dalam masa sama dapat membantu menyembuhkan penyakit moden pada masa kini.

Untuk pengetahuan anda kos untuk menghasilkan air alkali adalah amat rendah; tetapi harga air alkali dipasaran adalah amat tinggi jika dibandingkan dengan kos untuk hasilkan air alkali adalah amat rendah, kos pengeluaran air alkali adalah sama seperti hasilkan air tapis atau osmosis. Jadi dengan harga jualan dalam pasaran pada masa sekarang yang amat tinggi, saya rasakan amat menzalimi pengguna yang berpendapatan rendah, kecuali air alkali berkenaan dicampur dengan herba atau pemakanan lain.

Sehubungan itu, berdasarkan tinjauan melalui sumber internet dan kajian berdasarkan testimoni , terdapat produk dari syarikat yang Bio Sunah Herbs yang dipelopori oleh Bumiputera Islam dan berkerjasama dengan Ilmuan Islam termasuk Turki, telah menghasilkan PATI ALKALI BIO LIFE dan AIR BIO CYPRESS HERBS EXTRA.

Kajian selama lebih berpuluh – puluh tahun ke atas Mukjizat Nabi Nuh a.s iaitu spesies kayu bahtera iaitu Pokok Pine Cypress dan digabungkan dengan Hasil kajian ke atas MUKJIZAT NABI MUHAMMAD S.A.W iaitu Garam Kristal Hunza serta Mukjizat Nabi Ismail a.s iaitu Air Zam-Zam.

Hasil Kajian Kombinasi 3 Mukjizat Nabi Allah ini akan memberikan hasil yang sangat menakjubkan kepada Kemaslahatan Ummah. Semua Kombinasi ini terdapat dalam PATI ALKALI BIO LIFE dan AIR BIO CYPRESS HERBS EXTRA dan ditawarkan pada harga yang Rendah.

GABUNGAN UTAMA PATI ALKALI BIO LIFE ATAU AIR BIO CYPRESS HERBS EXTRA:
1. Garam kristal Hunza (84-96 mineral)
2. Amber Pine Cypress
3. Ekstrak Daun Cypress
4. Air Zam-Zam
5. Air Hidrogen dan beralkali tinggi
6. AL MANNA

Air Alkali Terbaik                                                               Cara Buat Air Alkali Sendiri

KEISTIMEWAAN PATI ALKALI BIO LIFE ATAU AIR ALKALI BIO CYPRESS
Ia Mampu:
• Menyahtoksik Atau Menyingkirkan Toksik Dalam Badan (Air Alkali Dan Daun Pine Cypress)
• Membekalkan Mineral Yang Mencukupi Kedalam Badan (84 Mineral Penting-Melalui Garam Hunza)
• Membantu Pebentukan Semula Sel Mati Dalam Badan/Luka Atau Agen Rejuvenasi (Menghidupkan Kembali Sel)- Kulit Gebu Dan Awet Muda.(Fungsi Daun Pine Cypress)
• Membantu Membunuh Sel Kanser/Virus/Fungus Dan Bakteria Dalam Badan (Fungsi Amber, Garam Hunza Dan Daun Pine Cypress)
• Membekalkan Oksigen Yang Mencukupi Dalam Badan (Fungsi Garam Hunza)
• Minuman Bertenaga Biosel Yang Sangat Menakjubkan, Di Mana Ia Meningkatkan Tenaga Atau Energi Elektron Dengan Memberikan Kesan Maksimum Kepada Elektrolit Tubuh (Fungsi Garam Hunza)

Buat Sendiri Air Alkali

Dengan Pati AIr Alkali Bio Life, kita juga dapat membuat sendiri air alkali dengan kandungan yang sama dengan Air Bio Cypress. Di mana Pati alkali bio life juga boleh dititis ke dalam makanan seperti sup, bubur atau sebarang jenis makanan. Dengan adanya Pati Alkali Bio Life ini, ia memudahkan kita untuk membuat air alkali sendiri yang bersifat Nutrient Cellular seperti air zam-zam.

Untuk info lanjut boleh layari http://www.biosunahherbs.com.my

Leave a comment