Letupan di Turki, 30 maut

Letupan di Turki, 30 maut

ANKARA – TURKI. Sekurang-kurangnya 30 terbunuh dalam kejadian letupan berkembar di persimpangan jalan di tengah ibu negara Turki, semalam.

Kementerian Dalam Negeri memaklumkan insiden itu berlaku pada jam 10.04 pagi (waktu tempatan) di luar stesen kereta api utama di Ankara, di mana sekumpulan penunjuk perasaan antikerajaan sedang mengadakan protes aman.

“Kira-kira 126 mangsa turut cedera dalam kejadian itu dan angka kematian dijangka meningkat. Kami sedang menyiasat untuk melihat kemungkinan sama ada ia ada kaitan dengan serangan pengganas.

“Hasil siasatan tersebut akan didedahkan kepada umum secepat mungkin,” kata jurucakapnya kepada AFP.

Difahamkan, parti pro-Kurdish, parti Demokratik Rakyat (HDP) adalah antara peserta kumpulan protes tersebut dan kejadian menggemparkan itu memaksa mereka membatalkan kesemua perhimpunan sempena pilihan raya umum pada bulan depan.

Susulan daripada kejadian itu, Perdana Menteri, Ahmet Davutoglu segera memanggil mesyuarat tergempar bersama pasukan keselamatan. -SinarHarian

Leave a comment